Thursday, 26 June 2014

Finally...


Pernah atau tidak, anda rasa seakan patah kaki mengikut isteri,adik beradik atau saudara mara perempuan anda membeli belah. Percayalah, anda tidak keseorangan di dalam hal ini. I feel you kata orang putih.
Malahan, menyusuri laluan shopping di Metrojaya,Jusco dan The Gardens di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur bersama-sama my sister ialah suatu pengalaman yang amat"menyesakkan" dada.

Beliau ialah seorang yang sangat meticulous dan perfectionist yang mana setiap inci sarung kusyen serta langsir akan dibelek-belek sepenuh hati. Jika kurang stamina, janganlah ikut beliau bershopping. Anda tidak akan mampu mengikut langkah beliau.




Namun, apa yang saya kagum dengan beliau ialah, walaupun INGINKAN benda-benda yang cantik di mata (last post-beliau adalah orang yang sangat visual), aspek ekonomi TERAMATLAH ditekankan. Baginya,jika dapat barang yang berkualiti tinggi, namun harganya berpatutan. Itu ialah suatu kepuasan besar baginya. Dan saya percaya, ramai yang sama dengan beliau di luar sana. Kan?


Kerana itulah, kami di IssaMisara sentiasa memastikan agar harga yang diletakkan bagi sarung kusyen IssaMisara ialah harga yang terbaik serta sesuai dengan kualiti kain, design serta kerja tangan yang dilakukan. Anda pasti puas hati dengan apa yang anda bakal miliki untuk kecantikan serta kekemasan ruang tamu serta bilik tidur anda sempena Hari Raya tahun ini.


Bagi ahli keluarga dan kawan-kawan yang tertanya-tanya akan harga kami. Inilah katalog kami untuk anda semua.













Please feel free to contact us. The details are written next to this post.

We are very excited to share our collections with our family and friends - old or new out there.

Assalamualaikum wbt and Have a Good Day.

No comments:

Post a Comment